menyusahkan diri lagi
“obsession in my head don’t connect with my intellect”-obsession , Suede
kisah mangkin baru bermula dengan mengagumi.seterusnya didorong kesan khas pada
fisiologi diri sendiri yang disertai suntikan elemen melodrama yang dilihat di cereka.
boleh kah aku percaya lagi pada perasaan aku lagi?sudah banyak kali ia menyusahkan diri aku.
kali ini ia rasa seperti ada sesuatu yg berjisim-entahkan gas, pepejal atau cecair aku
pun tidak tahu.ia memenuhi ruang kosong,dekat dengan jantung.rasa sayu,rasa melankolik dengan perasaan yang ingin melonjak keluar.
aku turut mengalami halusinasi.ye gila bayang dalam bahasa kasarnya.terngiang-ngiang suaranya dan dia berada di mana mana.tersenyum manis memandang aku.menjadi si dungu yang tidak boleh menahan diri dari untuk tidak senyum.macam ni juga lah agaknya bila kena dadah.mujur aku tidak ketawa seorang diri seperti si khayal bersama gam hidu.
menyatakan perasaan suka aku pada orang..sudah selalu.aku rasa rakan aku pun tahu aku ada sindrom
mudah sukakan orang dan virus takut komitment.cuma yang bezanya kali ini.
jantung ku berhenti seketika bila melihat dia .kesan khas itu langsung tidak pernah berlaku sebelum ini.
“You are so Gigi.” kata salah seorang kawan aku.watak di dalam filem He is not that in to you.
yang percayakan kejadian seperti ini merupakan akhirnya bagi satu penantian.
oh tidak..kenapa lain macam pula jadinya kali ini.
bukan kah membazir kalau kesemua di atas terpaksa aku lalui kalau dia bukan penamat sebelum
permulaan fasa baru dalam hidup?cepat..bagi alasan cepat supaya aku tidak menyusahkan diri aku
dengan perasaan yang tidak berasas ini.
Berani Gagal?
Catatan terakhirku adalah pada bulan July.3 bulan tanpa sebarang perkembangan terkini.sibuk dengan tugas.tiada sebarang perasaan untuk dicurahkan sepanjang 3 bulan itu.
Hari ini aku 30 tahun.Alhamdulillah atas hayat yang dipinjamkan buat
sementara pada aku yang Maha Mencipta.
Normalkah bila aku katakan aku tiada rancangan jangka panjang?
Semasa aku sekolah dahulu,aku cuma menetapkan target utk berjaya dlm peperiksaan,kemudian masuk Universiti dan bekerja.bagaimana apa yg berlaku seterusnya?
aku turuti sahaja arus peredaran masa.rancangan aku sekadar seminggu sahaja.perlu meeting di mana,dan kerja apa yg perlu disiapkan.
Pernah juga aku melawak pada usia 30 tahun jika aku tidak berkahwin,aku akan
mengahwini seorang kawan aku.rasanya dia lupa kata kata aku sbb dia tidak
menuntut aku mengotakan kata kata aku hari ini.sejujurnya aku berasa yakin,
tak kan la umur 30 tahun aku masih belum kahwin lagi.
diri ini pernah teruja melihat beberapa subjek.(*ye mungkin aku ada penyakit
ketagihan cinta atau terpengaruh dengan babak cereka romantis.)
bila ada subjek baru,aku akan bercerita tentang betapa menariknya mereka.
pada masa itu efek utk babak Kodak akan muncul bila mereka berdekatan dgn aku.sampai hari ini aku masih lagi takut mereka lari dan memandang rendah padaku bila mengetahui aku sukakan mereka.selalu sahaja aku akan mensabotaj diri aku sendiri dengan berpura pura tidak kisah tentang mereka.ada sahaja subjek yg menarik setiap tahun tp ada beberapa ciri yg tidak sepadan dengan kriteria aku.(*macam la aku ni elok sangat di mata mereka.)
Itu la namanya.manusia hanya mampu merancang,tuhan yang menentukan.
memang susah nak berbaik dengan diri sendiri.meyakinkan diri semuanya
akan OK.
aku masih lagi beranggapan dunia ini penuh dengan org yg dangkal.
aku masih lagi orang yg sama .. berusaha menyembunyikan aura negatif cara aku menghakimi peraturan dunia ini.
susahnya mencari ruang utk mendapatkan pengiktirafan di hati sesorang.
aku masih lagi beranggapan aku tak cukup baik untuk sesiapapun.
entah bolehkah berdiri di sisi seseorang tanpa dia merasa segan
kerana aku ini kurang paras rupa dan gaya.gaya budi bahasa pun tiadalah mempersona.
aku mencari rasional kenapa dan apa perlunya?kenapa aku kisah?
bukan kah bagus keadaan sekarang?tidak perlu risau samada kita cukup baik
untuk berdiri di samping seseorang.
tidak perlu risau tarikh luput utk perhubungan yang kita tak pasti
adakah akan kekal.hati akan berubah,tak kira apa yg telah dikorbankan.tak kira sebesar mana sayangnya kita pada org tu.
kalau tidak mahu kecewa dan disakiti lagi maka beginilah keadaan yang sepatutnya.aku takut gagal lagi.
lonely i am?
berapa banyak, apa dan pada siapa yang kita boleh ceritakan?
hari ni aku berfikir dengan lebih mendalam,hati hati bila
ingin bercerita.
ada kalanya kita cuma ingin berkongsi apa yang berlaku.
tapi kalau salah bercerita, ia seperti senjata.boleh makan tuan.
kita inginkan simpati - ironinya ia boleh menjadi bahan usikan dan ugutan.
bila kita inginkan perubahan - ironinya ia menjadi hukuman kerana pantang dirinya ditegur.
dengan siapa kita bercerita ?tentunya pada yang sudi mendengar tanpa prejudis.
yang boleh dipercayai.yang rapat dan menenangkan jiwa.
ada banyak yg aku nak ceritakan tapi aku selalu rasa cerita itu adalah cerita remeh temeh.adakah ada orang yg sudi mendengarnya?i guess i am just lonely
menghampiri 3
nak dekat pukul 3 pagi.boleh sahaja tidur tapi rasa macam belum nak tidur sgt.agak lama tidak menulis kerana kesibukan.asalnya ingin menulis tentang Transformer 2 Revenge of the Fallen dan juga Michael jackson.bertangguh kerana faham sahaja la tidak dapat memberikan fokus terhadap apa yg ingin dikatakan.
dah mula menguap.nampaknya masa dah time.hari ni aku naik angin di ofis.sepatutnya boleh mengawal marah aku.mesti hodoh muka aku berkerut.tapi aku rasa aku juga masih kebudak budakan.kalau dikutkan aku nak mengamuk dan memekik sekuat hati.aku rasa sbab aku kepenatan kekurangan tido ni.hari ni pun sama.
alamak abisla lingkaran gelap di mata dan bertambah la kedut.perlu tidur sekarang juga..later..MJ dan Transformer
tak banyak
takde apa yang aku nak mengadu,marahkan atau sungutkan nampaknya.sebab tu dah lama aku tak menulis.
Kaki
Aduii kaki aku injured minggu lepas.Aku tak menyangka pula niat untuk menggantikan acara larian jogging di taman KLCC dengan menaiki tangga tgkt 5 ke tgkt 28 mengundang padah.Iye laa.Semasa tu hari hujan.Aku pula dah siap *bertukar* (baca dengan intonasi kamen rider) kepada baju sukan.
Untuk tidak membuang masa,aku dan rakan sekerja aku pun mengambil keputusan menaiki anak tangga dari tgkt 5 hingga 28.kali pertama masih OK lagi.kemudian aku melihat jam,tidak cukup 20 minit untuk membakar lemak.tambah satu kitaran lagi.
makin lama makin berat dan beban dirasakan kaki aku ini.di akhir aktiviti,kaki aku menggigil dan bulu roma aku berdiri tegak.bukan lah sbb terserempak dengan dunia angker tapi aku rasa bekalan glukosa sudah habis terbakar.boleh aku katakan membazir juga aktiviti aku menaiki tangga itu kerana seorang rakan sekerjaku sudahpun menanti dengan hidangan roti telur dan teh tarik yang tak perlu aku bayar sesen pun.bolehkah aku berkata tidak?boleh…. tapi godaan itu tak berjaya aku menepisnya.huhuhuhu.
hari kedua kaki ku sudah terasa sengal sedikit.kemudian petang itu aku ingin jogging juga.pada mulanya aku hanya mahu berjalan..tapi bila ku uji,eh boleh berlari..maka aku pun lari 3 pusingan.akibatnya urat kaki ku mogok.rizam juga seakan berleter siapa suruh aku naik tangga ulang alik mcm tu?laaa manala orang tau nak jadi macam tu.aku harap dia tak nampak aku terkial kial untuk duduk.aku kna menstabilkan diri aku dengan tangan yang diletakkan di tanah,baru la boleh duduk.
bayangkan mahu pulang ke rumah juga perlu menaiki 70 tingkat anak tangga.mahu masuk ke bilik pun kena naik tangga juga-(rumah sewa ku duplex).habis pergerakan aku dikunci.aku berjalan mcm robokop. serius.menaiki dan menuruni anak tangga begitu seksa.perlu berpaut pada palang seperti nenek tua.tidak boleh turun kaki menghadap ke depan.kena turun mengiring dan setapak demi setapak.aku mmg menjadi perhatian la di bangunan tempat kerja.seperti biasa seorang rakan sekerja yang kuat merapu dlm nada menyakat boleh dia memikirkan bagaimana agaknya nnt aku kalau ke tandas?dalam banyak banyak aktiviti seorang manusia,ke tandas juga dia fikirkan.jahat betul.huh!
tapi aku teringin juga kalau ada yg bersimpati dengan aku.menawarkan untuk membelikan makanan,memberikan aku minyak sapu ke atau bertanya keadaan kaki aku.tak ada nampaknya.maka boleh aku katakan pada diriku lupakan sahaja pemuda-pemuda di tempat kerja aku.tidak boleh dibuat calon.susah mencari kualiti pemuda yang bersikap baik secara semulajadi.
orang yg semula jadi baik ialah kerana, kebaikan tidak memerlukan sebab.kebaikan tidak dibuat buat hanya kerana ingin menarik perhatian seseorang.
namun bila kaki aku cedera ini aku byk berfikir,syukur pada Allah yang telah memberikan aku dua belah kaki ini.begini la agaknya bila tua nnt.sememangnya aku bergerak perlahan seperti orang tua.aku harap aku juga boleh memperlahankan langkah ku bila bergerak seiring dngan yang tua.
juga dngan adanya kaki ini,moga ia membawa aku pergi ke tempat tempat yang boleh membawa kebaikan.moga apabila anggota kaki ku disoal ia akan mengatakan ye tuan nya ini ada mengambil wuduk,tuannya ini rajin bersedekah,juga berbuat kebajikan.dia juga ringan tangan menolong mereka yang memerlukan.
kaki ku ini mcm dah sembuh.esok boleh la berjalan di taman KLCC.Jalan sahaja tau.joggging belum lagi.ini semua sebab 7KG lemak yang perlu aku hilangkan.7kg lemak banyak tu!!
shield reactivated again
aku buat perangai lagi.bila rasa ada org yg tak sepatutnya rapat ngan aku,timbul la perangai kerek dan mengada aku.
i am sorry that you had to see my hideous side.i wouldn’t mind to be seen standing next to you but the fact that you are with someone else is totally a no no.
definitely i am not the third person.obviously there is nothing between us.i may have acted cruel to you for i felt guilty to be seen spending time with a man that is in a relationship.maybe i like you.
hidden words
aku mengucapkan selamat tinggal padanya secara diam diam.dia tak pernah tahu pun saat magis itu penah wujud dalam ruang yang aku ciptakan untuk dia.
aku lebih takut kalau dia lari.takut kalau dia mengelakkan diri kerana tidak berasa selesa dengan aku.biarlah ianya statik di sini sahaja.aku menjangkakan akan menerima kad undangan kahwin nya juga tidak lama lagi.
aku masih mengusik dirinya jika berpeluang. dari riak mukanya dia tidak berperasaan untuk menunjukkan sebarang reaksi.server is not responding.
pemahaman aku selama ini, tiada istilah lelaki pemalu atau jual mahal.lelaki biasanya tahu apa yg mereka mahu dan akan berusaha sebaik mungkin mendapatkan apa yg mereka mahu.
apa yang penting,kerjasama
dari entri kali ini,mode aku berlainan dari penulisan aku sebelum ini.kali ini aku nak menceritakan kisah aku yang dipaksa keluar dari zon selesa aku.
baru baru ini aku diberi tugasan di luar kebiasaan.aku kena melobi dengan membuat presentation untuk mendapatkan satu tender yang agak besar.pada kebiasaan nya sebagai projek manager ( yang manage projek) kami cuma mengambil tahu apabila tender telah diaward untuk urusan implementation.
gemuruh.dapat atau tidak tender ini bergantung pada presentation aku- yang mana akan diberikan markah.kalau presentation sahaja sekadar berkongsi maklumat..boleh la dimaafkan..ini..berat tanggungjawab ni.bagaimana kalau aku buat silap?
fuhh.mood aku memang swing sepanjang minggu lepas.tidur tak cukup.kemudian perlu troubleshoot untuk 4 branch.jadual sibuk bermula dengan hari pertama Selasa, perlu menjawab soalan Q&A di kertas - 10 soalan.dari pukul 5 ptg hingga 5 pagi Rabu.Pukul 9 Rabu kemudian kena pula pegi taklimat di salah satu agensi semi kerajaan.Hari Rabu pula dari pukul 9 malam hingga 4 petang menyiapkan slide presentation. Lesen memandu aku rupanya tertinggal di agensi kerajaan tadi.Bila pula nak mengambilnya?Kena tunggu la sehingga presentation selesai.
kemudian begitu banyak permintaan untuk diselitkan dalam presentation.banyak perkara perlu diingat-peralatan dalam solution kami.teknologi IPv6 untuk intergrate dengan IPv4..bagaimana aku nak hafal semua itu? aku diberitahu orang penting seperti CEO syarikat itu akan berada di dalam sessi presentation itu.alamakkk!!
pada masa ini aku akan mencari meow gumok mengadu dengan nada sedih.dia mmg tau sangat bila nada suara aku begitu memanggil namanya ..adalah benda yang aku nak adukan.aku tak boleh berterusan begini..walaupun nampak harmless tapi akan ada attachment kalau dah biasa begitu kan?.dia kan dah berkeluarga?it’s just that when i tell him about my concerns, he will be laughing with me for we know that i am silly for being worried about nothing.bila dia gelak,aku akan rasa marah tapi pada masa yang sama rasa lega .aku mencari juga rizam, kawan baru aku.mungkin sbb dia harmless dan aku rasa dia boleh mendengar masalah aku.aku ni attention seeker kan?
dipercepatkan plot.. kemudian tibalah hari presentation.aku naik turun masuk pejabat untuk print slide sahaja adalah 3 kali.mmg kelam kabut.aikk tak pergi lagi?itulah yang dikatakan orang bila melihat aku melambai mengatakan aku nak bertolak dan kemudian masuk semula dan keluar dan masuk.mode kelam kabut diactivatekan hingga boleh tertinggal thumb drive untuk presentation ni notebook.
memang tak lalu makan.sessi presentation dilewatkan 1 jam setengah. memang menyeksa menunggu.aku perlu tempoh bertenang tapi Bryan mengajak aku berbual dan mengusik aku.aku tiada mood utk semua itu..teruk betul.aku rasa pada masa itu personaliti aku mmg hodoh.
Tiba masa aku ke depan.Aku mmg let go dan bercerita sepenuh perasaan.Perkataan dan susunan ayat?aku sendiri tak ingat apa aku katakan secara detail.tapi aku suka analogi yang aku berikan untuk firewall dan juga IPS.aku rasa selepas ini bila peserta presentation ini ke airport dia akan teringat 2 peralatan ini.cuma entah laa.. aku sendiri berasa bangga dengan presentation aku.(*boleh tak syok sendiri) hingga hari ini aku masih terbayang bayang lagi waktu presentation itu.Senior VP syarikat aku pun ada dan dia pun mengatakan presentation yang bagus dan mudah difahami.Alhamdulillah segala yang baik datangnya dari Allah dan yg buruk itu kelemahan diri aku sendiri.Kelancaran hari ini juga berkat doa ibu bapa aku.
aku rasa terharu dan kagum dengan pasukan untuk projek baru ini-Account manager, supervisor aku pun ada, dengan team Solution kami berjaga dan menyelesaikan request ini bersama sama.begitu supportive ketika aku membuat presentation.boss aku sendiri memberikan tips untuk presentation.supervisor aku juga tidak memberikan tekanan pada diriku.
kerjasama mmg penting untuk projek ini.aku rasa bertuah disokong oleh senior senior yang meminjamkan tenaga , skil dan juga pengetahuan mereka pada aku.pada masa yang sama aku berharap aku dapat menunjukkan karisma dan juga kebolehan aku pada masa yang diperlukan.aku ada pelbagai karakter,kebiasaannya org melihat aku seorang yang blur dan plain jane.semoga mereka melihat aku dari sudut yang berbeza dan merasakan aku seorang yang boleh diharapkan..aamin.
“apa yang penting, kerjasama”
Slowmo
Slowmo.mcm tu ke yang kita rasa bila nampak orang yang kita suka?
Bila senyuman berbalas rasa dunia bagai berhenti berputar sesaat dua. Pergerakan menjadi sangat perlahan .Bila pandangan mata bertaut serasakan bagai semua orang tiada di sekeliling .hanya ada dia dan diri kita di medan itu.
Berada dekat dengannya membuat jantung bagaikan mahu melompat keluar dan ada suara suara menjerit mengatakan jangan la ada kat sini.awak ni gangguan konsentrasi.
tapi detik itu walaupun magis dirasakan , sayang seribu kali sayang orang itu hanya mampu dilihat.dipegang mudah pecah,didekati mudah berganjak tempat.
kenapa mesti begitu selalu?